Lelaki cari kulat dikhuatiri sesat di Bukit Seraya

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri sesat selepas mencari kulat di Bukit Seraya, di sini sejak semalam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri sesat selepas mencari kulat di Bukit Seraya, di sini sejak semalam
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri sesat selepas mencari kulat di Bukit Seraya, di sini sejak semalam.

Pegawai Operasi JBPM negeri, Abu Bakar Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan sepupunya, Mohd Hafizi Md Saad, 38, telah naik ke Bukit Seraya seorang diri sejak semalam dan tidak pulang sehingga hari ini.

"Kami menerima panggilan pada 9.47 pagi ini memaklumkan kemungkinan mangsa telah tersesat di dalam hutan Bukit Seraya sejak semalam dan terus menjalankan operasi SAR bersama pihak polis dibantu Pasukan Bomba Sukarela," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mengesan mangsa yang setakat ini masih tidak diketahui lokasinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya juga gagal menghubungi telefon bimbit milik lelaki itu.

"Operasi SAR akan dijalankan sehingga mangsa ditemui dan saya juga minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa di kawasan hutan Bukit Seraya agar menghubungi pihak polis untuk menyalurkan maklumat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: