11 pekerja asing ditahan, melarikan diri selepas saringan Covid-19

Huzir Mohamed
Huzir Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11 daripada 145 pekerja asing di sebuah tapak pembinaan di ibu negara yang melarikan diri ditahan dalam operasi berasingan.

Kesemua mereka melarikan diri selepas saringan Covid-19 di tapak pembinaan itu baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, enam daripadanya ditahan sebelum ini manakala lima lagi ditahan hari ini.

“Kita telah menerima laporan berhubung kes itu dan masih mengesan baki pekerja asing yang melarikan diri itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan 145 pekerja melarikan diri selepas pasukan perubatan melakukan saringan di kawasan tapak pembinaan itu.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar memaklumkan seramai 28 pekerja warga asing yang disahkan positif Covid-19 dihantar ke hospital dan selebihnya menjalani kuarantin ketat di sebuah hotel.

Artikel Berkaitan: