Tiga peniaga Pasar Besar Seremban positif Covid-19

AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN
A
A
A

SEREMBAN - Seramai tiga peniaga Pasar Besar Seremban didapati positif koronavirus (Covid-19) melalui saringan ke atas 770 peniaga dan pekerja pasar itu sejak 3 Mei lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, mereka dikesan mempunyai kontak rapat dengan kluster Pasar Borong Selayang.

"Saringan dilakukan secara berperingkat bermula Ahad lalu. Kita akan menunggu keputusan ujian saringan berkenaan untuk tindakan lanjut termasuk membenarkan semula pasar itu beroperasi mengikut

nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri membenarkan pasar raya besar memulakan operasi lebih awal iaitu pada jam 8 pagi sehingga 10 malam bertujuan memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan.

April lalu, lebih 13,000 pelanggan mengunjungi Pasar Besar Seremban untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.

Pasar berkenaan ditutup bermula Ahad lalu berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: