Covid-19: Masih terlalu awal isytihar bahaya rendah

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya Covid-19 pada tahap rendah walaupun kes positif baharu semakin menurun.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penurunan jumlah kes tidak seharusnya menjadikab masyarakat alpa dan terlalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan.

"Masyarakat diseru untuk terus mengekalkan usaha memerangi virus ini bersama kerajaan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan tindakan agresif kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu, lebih banyak kes telah dapat dikenal pasti.

"Kini jumlah kes didapati sedikit menurun," katanya.

Justeru katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama rakyat untuk saling menjaga dan melindungi diri daripada virus Covid-19.

"Ini boleh dicapai dengan mematuhi PKPB, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, mengamalkan jarak sosial selamat

sekurang-kurangnya satu meter dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian," katanya.

Artikel Berkaitan:

PKPB dilaksanakan bermula Isnin lalu membolehkan hampir keseluruhan sektor ekonomi di seluruh negara beroperasi.

Ia dilaksanakan selepas empat fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.