Hargai masa kita di bulan Ramadan: Ashraf Muslim

Paparan Instagram Ashraf Muslim
Paparan Instagram Ashraf Muslim
A
A
A

PELAKON, Ashraf Muslim berharap umat Islam di negara ini tidak mensia-siakan masa mereka ketika pada bulan Ramadan ini.

Menerusi Instagram rasminya, beliau kini sedang menerima rawatan di Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh setelah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) pada 12 April lalu.

Beliau menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati segala saat yang dikurniakan ALLAH bersama pesakit Covid-19 yang lain.

"Kami disiplinkan diri kami untuk beribadah pada ALLAH SWT.

"Apa lagi yang kami boleh buat di sini...inilah masanya dengan peluang yang ALLAH berikan untuk kita semua merasai api cinta dengan-NYA.

"Kawan-kawan jangan sia-siakan masa kita di bulan Ramadan ini. ALLAH sentiasa menanti akan doa kita...bersujudlah, mengadulah padanya dan bersungguh-sungguhlah untuk-NYA," tulis beliau.