Konflik Uighur: Kenapa dunia Islam masih membisu?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Dunia Islam perlu bertindak mempertahankan umat Islam Uighur, bukan hanya berdiam diri seolah-olah mereka tidak mempedulikan nasib komuniti Islam di Xinjiang, China itu.

Pakar Hal Ehwal Undang-Undang Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, negara Islam mungkin boleh memanggil duta China di negara mereka untuk berikan keterangan.

“Bila dunia Islam berdiam diri, nampak seolah-olah mereka tidak peduli. Panggil duta dari China di negara mereka dan dapatkan penerangan daripada mereka.

“Berhubung nasib masyarakat Uighur, kalau nak kata komuniti Uighur bakal hilang dari dunia, mungkin agak mustahil kerana jumlah mereka ramai.

“Begitupun kita khuatir identiti Islam mereka terhakis apabila isu ini berterusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mohd Yazid berpendapat dunia masih belum dapat maklumat sebenar-benarnya berkaitan isu yang berlaku di sana.

Begitupun, beliau tidak menolak kemungkinan memang berlaku penindasan terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang.

“Dari satu sudut terdapat puak pemisah di sana yang kita bimbang mungkin adanya propaganda. Dari sudut lain pula, kerajaan China menafikan cerita-cerita dibangkitkan di sana.

Artikel Berkaitan:

“Namun berdasarkan cerita dari mereka yang terlepas dari pusat tahanan di sana, kisah mereka konsisten mengatakan berlakunya penderaan semasa dalam tahanan,” ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN:Ulama terkenal meninggal dunia selepas diseksa Komunis China]