Ibu bapa boleh jemput anak dari kampus

Kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja. - Foto Bernama
Kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ibu bapa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) termasuk politeknik dan kolej komuniti dibenarkan menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing bermula hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata, kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja.

"KPT ingin mengingatkan sekali lagi bahawa urusan ini hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan," menurut kenyataan itu.

Menurut KPT, kebenaran itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Ibu bapa dan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT yang beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu di talian 03-8870 6777/ 6949/ 6628/ 6623/ 6124. - Bernama

Artikel Berkaitan: