Lapor KPKT jika pajak gadai kenakan kadar faedah tinggi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob . -Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob . -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan meminta orang ramai supaya melaporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekiranya kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah melebihi dua peratus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya kadar faedah tersebut masih di bawah dua peratus, maka ia masih dibenarkan.

"Saya dimaklumakan bahawa kedai pajak gadai boleh mengenakan kadar faedah tidak melebihi dua peratus.

"Jika mereka kenakan kadar faedah tinggi, maka laporkan kepada KPKT," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin lalu, media melaporkan bahawa kedai pajak gadai turut menjadi tumpuan orang ramai.

Menerusi PKPB, hampir keseluruhan sektor perniagaan di negara ini dibenarkan beroperasi selepas kebanyakannya terpaksa menutup perniagaan sejak 18 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: