Menara Abbco setinggi 48 tingkat terbakar

Menara Abbco setinggi 48 tingkat itu terbakar kira-kira jam 9 malam. - Foto The National
Menara Abbco setinggi 48 tingkat itu terbakar kira-kira jam 9 malam. - Foto The National
A
A
A

DUBAI - Beberapa orang cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah menara kediaman di Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa malam, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan.

Bangunan Menara Abbco setinggi 48 tingkat itu terbakar kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (1700 GMT).

Beberapa orang dilaporkan cedera dalam kejadian kebakaran di menara kediaman di Sharjah itu.
Beberapa orang dilaporkan cedera dalam kejadian kebakaran di menara kediaman di Sharjah itu.

Anggota bomba mengarahkan bangunan itu dikosongkan. Punca kejadian belum dapat dipastikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: