Kanak-kanak sakit hampir dua jam, jari tersangkut cincin

Bomba menggunakan peralatan khas memotong cincin bagi mengeluarkan objek berkenaan..
Bomba menggunakan peralatan khas memotong cincin bagi mengeluarkan objek berkenaan..
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam selepas jarinya bengkak akibat cincin di jari kirinya gagal ditanggalkan dalam kejadian di Kampung Bukit Petai, Simpor, Tikam Batu semalam.

Ibu mangsa, Norhazaini Saidin, 33, berkata, dalam kejadian jam 11.30 malam itu, beliau terdengar suara tangisan anaknya, Siti Nor Balqis Abd Rahim, 9, sebelum diberitahu cincin tersebut terletak di jari kelingkingnya.

Beliau kemudian berusaha menanggalkan cincin tersebut, namun tidak berhasil sebelum membuat keputusan menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan mengeluarkan objek terbabit.

Jari Siti Nor Balqis yang tersepit cincin dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat.
Jari Siti Nor Balqis yang tersepit cincin dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Alhamdulillah, walaupun susah nak keluarkan tetapi dah berjaya dengan bantuan anggota bomba, terima kasih," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.36 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebentuk cincin terlekat di jari kanak-kanak terbabit.

"Jari kanak-kanak terbabit bengkak akibat cincin yang dimasukkan dan tidak boleh dibuang semula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bomba membantu mangsa mengeluarkan cincin yang tersepit.
Bomba membantu mangsa mengeluarkan cincin yang tersepit.

Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong dan berjaya mengeluarkannya dari jari mangsa pada jam 1.16 pagi.