Public Bank kurangkan kadar asas 0.50 peratus

Public-Bank
Public-Bank
A
A
A

KUALA LUMPUR - Public Bank akan mengurangkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)/Kadar Pembiayaan Asas (BFR) 0.50 peratus berkuat kuasa 12 Mei ini.

Ia selaras dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 50 mata asas daripada 2.50 peratus kepada 2.00 peratus pada 5 Mei 2020.

Public Bank dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pada masa sama, kadar deposit tetap Public Bank akan turut diselaraskan sebanyak 0.50 peratus, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Menurut kenyataan itu, pengurangan kumulatif dalam Kadar Asas sebanyak 100 mata asas setakat ini akan membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh peminjam dan ia terutamanya penting dalam tempoh mencabar masa kini berikutan penularan Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan virus berkenaan.

"Pengurangan ini, berserta rangsangan fiskal kerajaan dan langkah-langkah relif kewangan BNM akan memberi sokongan kepada ekonomi bagi membolehkan pemulihan semula aktiviti ekonomi secara berperingkat-peringkat.

"Public Bank sentiasa komited untuk memberi bantuan kewangan yang perlu kepada para pelanggannya, terutamanya semasa tempoh penularan Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: