X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lelaki diberkas selepas sejam mencuri di masjid

Beberapa set pendingin hawa yang dicuri tiga lelaki di sebuah masjid di Kampung Teluk Jeri Dalam, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor semalam.
A
A

KOTA TINGGI - Tiga lelaki mengambil kesempatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mencuri beberapa set pendingin hawa di sebuah masjid di Kampung Teluk Jeri Dalam, Tanjung Sedeli di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Ashmon Bajah berkata, bagaimanapun ketiga-tiga suspek yang berusia 21 hingga 33 tahun berjaya ditahan kira-kira satu jam selepas melakukan perbuatan itu.

"Mereka ditangkap sepasukan anggota dari Balai Polis Sedeli pada jam 4.45 petang semalam.

"Polis turut merampas sebuah kereta, sebuah motosikal, empat unit kompresor pendingin hawa dan dua unit peniup udara jenama York.

"Semakan mendapati seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman selama empat hari bermula hari ini.

Katanya, semua suspek tidak bekerja dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!