KPDNHEP KL keluarkan kompaun RM8,600 sepanjang PKP

Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan sepanjang PKP di sekitar ibu negara.
Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan sepanjang PKP di sekitar ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 kes direkodkan di ibu negara membabitkan jumlah kompaun berjumlah RM8,600 dalam pemeriksaan premis perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga semalam.

Ketua Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan di 1,856 premis di ibu negara.

"Jumlah kes terbaru yang direkodkan itu adalah kompaun RM1,000 di dua buah premis di Cheras dan Kampong Bharu kerana gagal meletakkan tanda harga pada gas dan gula.

"Sepanjang tempoh ini juga, antara kesalahan biasa dikesan adalah kegagalan pemilik premis mempamerkan tanda harga," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan sepanjang PKP di sekitar ibu negara.
Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan sepanjang PKP di sekitar ibu negara.

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993.

Katanya, pihaknya memberi peringatan kepada peniaga supaya mematuhi undang-undang perniagaan dengan meletakkan penanda harga yang menjadi perkara asas serta mudah dan tidak sepatutnya gagal mematuhi.

"Selain itu, peniaga juga diingatkan supaya alat timbang yang digunakan masih dalam tempoh yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sepanjang Ramadan juga, KPDNHEP Kuala Lumpur akan meningkatkan pemeriksaan di lapangan untuk memastikan pematuhan undang-undang dan memastikan barangan keperluan harian mencukupi.