X

Kindly register in order to view this article
!

Petugas Khas Operasi Pematuhan tumpu kawasan orang ramai

Abdul Hamid
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti premis makanan, stesen bas dan pasar raya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tugas mereka adalah memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa semalam dipatuhi.

“Ini termasuk menjaga jarak sosial. Tugas polis kali ini adalah menasihati,” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan khas pantau operasi pematuhan PKPB

Terdahulu hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, PDRM telah menubuhkan pasukan petugas khas operasi pematuhan untuk memantau dan menguat kuasa SOP sepanjang pelaksanaan PKPB.

Selain polis, turut diberi kuasa untuk menguatkuasakan pelaksanaan PKPB ialah Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf