Kerajaan stabil perlu bagi mana-mana negara untuk membangun

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan 'Third International Conference on the Emergence of Africa' (ICEA) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio hari ini. - Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan 'Third International Conference on the Emergence of Africa' (ICEA) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio hari ini. - Bernama
A
A
A

DAKAR - Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan tentang pentingnya kerajaan yang stabil untuk memacu pembangunan mana-mana negara ketika berucap pada persidangan mengenai kemunculan Afrika di sini.

Perdana Menteri Malaysia itu menarik perhatian bahawa banyak negara telah menerima demokrasi sebagai sistem pemerintahan.

Beliau berkata, bagi Malaysia, kuasa undi dihormati dan membenarkan parti yang menang untuk membentuk kerajaan yang kuat selepas pilihan raya.

"Oleh kerana itu, dengan wujudnya keamanan dan kestabilan dalam negara, Malaysia dapat membangun dengan lebih pesat," kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian apabila berkongsi pengalaman Malaysia ke arah pembangunan semasa sesi dialog peringkat tertinggi pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika kali ketiga (ICEA-III) di sini pada Khamis.

Dr Mahathir berkata hasil demokrasi hanya dapat dinikmati jika rakyat memahami kuasa undi.

"Tetapi kadang-kadang pihak yang kalah dalam pilihan raya tidak bersedia untuk menerima kekalahan. Mereka menimbulkan masalah sehingga menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan sukar untuk mentadbir," kata beliau.

"Apabila anda mendapati banyak ketidakstabilan politik berlaku, maka adalah sukar bagi sesebuah negara untuk membangun," kata Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan:

Sesi itu turut disertai Presiden Senegal Macky Sall dan Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita.

Perdana menteri juga menyentuh mengenai pentingnya menarik pelaburan asing yang membolehkan negara memperoleh teknologi dan kemahiran yang diperlukan demi meneruskan agenda pembangunan.

Dr Mahathir diberi keistimewaan sebagai satu-satunya ketua kerajaan Asia yang dijemput uintuk mengambil bahagian pada persidangan itu yang belangsung dari 17 hingga 19 Januari. - Bernama