Anggota MALBATT 850-7 bebas Covid-19

Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 ke misi UNIFIL di Lubnan Oktober tahun lalu. - Foto Markas Angkatan Tentera Malaysia
Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 ke misi UNIFIL di Lubnan Oktober tahun lalu. - Foto Markas Angkatan Tentera Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19), kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata, pihak UNIFIL dan MALBATT telah mengeluarkan garis panduan dan langkah-langkah pencegahan bagi Covid-19.

“MALBATT juga telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara semasa melaksanakan tugas serta mengamalkan kebersihan diri.

“Penugasan misi MALBATT 850-7 di negara itu (Lubnan) masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan rekod, penugasan di Lubnan kini dilaksanakan pasukan pengaman MALBATT 850-7 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun sejak 1 Oktober tahun lepas.

Kumpulan 216 anggota ATM yang diketuai Komander Malbatt 850-7 Kolonel Khairul Anwar Soib itu berlepas menerusi Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Menurut laporan berita memetik Kementerian Kesihatan Lubnan, 737 kes Covid-19 dengan 25 kematian dilaporkan di negara itu sehingga Ahad lepas (3 Mei). - Bernama

Artikel Berkaitan: