Lelaki mengaku Tuhan pura-pura pengsan

Lelaki mendakwa Tuhan enggan masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.
Lelaki mendakwa Tuhan enggan masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.
A
A
A

BANDUNG - INDONESIA. Seorang lelaki mengaku Tuhan dan berusia 1,719 tahun mengamuk dan tiba-tiba pengsan ketika mahu dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.

Semalam, masyarakat di Jawa Tengah digemparkan dengan tindakan seorang lelaki duduk di atas kitab suci al-Quran ketika berada di Masjid Agung, Sukabumi.

Perbuatan lelaki tersebut sempat dirakam sekumpulan pelajar dan ia tular di media sosial.

Susulan penularan klip video tersebut, polis Sukabumi menjejaki lelaki itu dan berjaya menahannya kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) hari ini.

"Semasa disoal siasat, dia mengaku sebagai Tuhan dan memperkenalkan diri sebagai Abud Lakum Dinukum Waliyadin.

"Dia juga mengaku berusia ribuan tahun. Tapi selepas diasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya mengaku berumur 46 tahun.

"Ketika kami mahu membawanya masuk ke dalam van ambulans, dia tiba-tiba mengamuk dan pura-pura pengsan.

"Dia sebenarnya enggan ke hospital," kata Ketua Polis Kota Sukabumi, Asisten Komisioner Susatyo Purnomo.

Artikel Berkaitan:

Tambah Susatyo lagi, masyarakat dinasihatkan supaya berhenti berkongsi dan menyebarkan video tersebut kerana lelaki berkenaan jelas menghidap masalah mental.

Sementara itu, Pengarah Hospital R Syamsudin SH, Dr Rina Hestiana mengesahkan hasil pemeriksaan terhadap lelaki tersebut mengesahkan beliau didiagnosis menghidap skizofrenia paranoia. - Agensi