180 kes positif Covid-19 di dua kawasan PKPD

KKM mengesan 180 kes positif koronavirus (Covid-19) di beberapa lokaliti Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 20 April lalu.
KKM mengesan 180 kes positif koronavirus (Covid-19) di beberapa lokaliti Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 20 April lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 180 kes positif koronavirus (Covid-19) di beberapa lokaliti Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 20 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 100 kes dikesan dalam kawasan PKPD dan 80 kes di luar kawasan PKPD.

"Jumlah keseluruhan ini termasuk peniaga dan bukan peniaga seperti ahli keluarga peniaga, pengunjung dan yang orang yang mempunyai kontak rapat dengan kluster ini," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, KKM mendapati kluster Pasar Borong Kuala Lumpur berkaitan dengan kluster Perhimpunan di Seri Petaling.

"Kes indeks iaitu kes ke-3,039 bagi kluster ini adalah salah seorang peserta perhimpunan tersebut.

"Terdapat satu kematian membabitkan warga Myanmar bagi kluster ini," katanya.

Artikel Berkaitan: