'Bukan saya, ada pihak berniat jahat'

Abdul Razak bersama laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong hari ini. (Gambar Abdul Razak digunakan kononnya dia didakwa terbabit dengan sindiket penjualan sijil lahir dan MyKad.)
Abdul Razak bersama laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong hari ini. (Gambar Abdul Razak digunakan kononnya dia didakwa terbabit dengan sindiket penjualan sijil lahir dan MyKad.)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman menafikan keratan berita yang tersebar kononnya beliau didakwa di mahkamah kerana terbabit menjual sijil lahir dan MyKad.

Beliau berkata, keratan berita yang tersebar menggunakan gambarnya di media sosial itu dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat jahat.

"Pada mulanya, saya abaikan sahaja kerana beranggapan ia hanya biasa- biasa, namun keratan berita itu semakin tersebar menyebabkan ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang kesahihan keratan berita tersebut," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Abdul Razak berkata, penyebaran gambarnya pada keratan berita telah menyebabkan orang memandang serong selain menjatuhkan kredibiliti dan reputasinya yang juga merupakan pengarah urusan sebuah syarikat.

"Atas nasihat peguam, saya membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan keratan berita yang mempunyai wajahnya kerana ia tidak benar sama sekali.

Artikel Berkaitan: