Individu sebar berita palsu tidak terlepas: Ismail Sabri

Ismail Sabri semasa sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri semasa sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan terus berhati-hati dalam penyebaran sebarang maklumat termasuk gambar dan video.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan banyak berita dan video yang ditularkan oleh orang ramai melalui media sosial semalam berhubung ketidakpatuhan beberapa pihak di tempat awam seperti di pusat membeli-belah dan restoran.

"Berita atau maklumat yang benar kita puji kerana ia menunjukkan sikap dan tanggungjawab mereka terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan tetapi yang sebar berita palsu jangan ingat boleh terlepas daripada tindakan," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Katanya, orang ramai diingatkan menyemak sesuatu berita atau gambar sebelum ditularkan dan tidak berkongsi sebarang maklumat sekiranya tidak pasti.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, setakat hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka sebanyak 259 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 179 kes masih dalam siasatan, manakala 26 lagi telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 15 telah mengaku bersalah.

"Melalui Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang juga ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu Covid-19, sehingga kini sebanyak 255 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu diperjelaskan kepada orang ramai oleh PRP.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihan berita," katanya.