PKPBD: Selangor ikut saluran undang-undang

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Langkah Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) adalah mengikut beberapa perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan negeri yang dibenarkan mengikut undang-undang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor memutuskan untuk melaksanakan PKPBD selepas mengadakan beberapa siri mesyuarat selain telah mendapat penelitian daripada pelbagai agensi terlibat.

"Misalnya dalam soal membuka semula sektor ekonomi dengan mengubah suai beberapa perkara dalam PKPB, ia dilaksanakan bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu koronavirus (Covid-19) selepas wabak itu berjaya dikurangkan," katanya,

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan negeri boleh kena saman: Azmin

Amirudin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan Selangor terdedah tindakan undang-undang jika menghalang syarikat kembali beroperasi mulai semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, keputusan Selangor melaksanakan PKPBD juga adalah sebagai tindakan ‘soft landing’ bukan ‘crash landing’ memandangkan semua pihak ketika ini sedang dilatih dengan amalan norma baharu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac lalu.

Terdahulu, Mohamed Azmin mengatakan, kerajaan negeri mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada kalangan pihak industri sekiranya menghalang mana-mana syarikat daripada memulakan operasi berikutan beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi.

Artikel Berkaitan: