India lancar misi besar-besaran bawa pulang rakyat di luar negara

India akan memindahkan rakyatnya di beberapa negara yang terjejas wabak koronavirus (Covid-19) dengan menggunakan pesawat dan kapal laut bermula 7 Mei.
India akan memindahkan rakyatnya di beberapa negara yang terjejas wabak koronavirus (Covid-19) dengan menggunakan pesawat dan kapal laut bermula 7 Mei.
A
A
A

NEW DELHI - India akan memindahkan rakyatnya di beberapa negara yang terjejas wabak koronavirus (Covid-19) dengan menggunakan pesawat dan kapal laut bermula 7 Mei.

"Ia akan dilaksanakan secara bertahap", kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

"Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi India sedang menyiapkan senarai nama warga India yang terjejas. Kemudahan ini disediakan berdasarkan pembayaran. Penerbangan komersial tidak berjadual akan diatur untuk perjalanan udara," tambah kenyataan itu.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai akan dibawa balik dari negara seperti Asia Tenggara, Teluk Arab, Eropah dan Amerika Utara, kerana wabak itu telah menyebabkan ramai pekerja migran di seluruh dunia hilang pekerjaan.

India juga mempunyai sebilangan besar penuntut di universiti asing.

Media tempatan melaporkan 30 pesawat dan sebilangan besar kapal laut dijangka memulakan proses untuk memindahkan rakyat India.

Mereka yang pulang perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan dikuarantin selama 14 hari.

"Kementerian Luar Negeri dan Penerbangan Awam akan segera berkongsi maklumat terperinci mengenai perkara itu melalui laman web mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan negeri disaran membuat persediaan termasuk ujian saringan, kuarantin dan pengangkutan untuk membawa mereka kembali ke negeri masing-masing," kata Kementerian Dalam Negeri. - Bernama