Tiada PKPD di Selayang dan Chow Kit: Ismail Sabri

Anggota Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri bagi mengawal laluan keluar masuk di sekitar Chow Kit tengah malam tadi. - Foto Bernama
Anggota Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri bagi mengawal laluan keluar masuk di sekitar Chow Kit tengah malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mengesahkan belum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan di Selayang dan Chow Kit seperti yang tersebar di media sosial.

Sebaliknya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan di kawasan tersebut diperketatkan dari segi pentadbiran.

"Mungkin kita kawal dengan kawat berduri tetapi tidak dari segi mengisytiharkan PKPD (di kawasan tersebut). Kita kawal pergerakan keluar masuk secara ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: ATM berkawal di Chow Kit, Taman Wilayah Selayang

"Selain itu, kita juga jalankan ujian swab ke atas setiap penduduk di kawasan itu walaupun hanya melaksanakan kawalan ketat secara pentadbiran," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ditanya adakah sektor perniagaan dibuka dan dibenarkan di kawasan PKPD, beliau berkata, operasi perniagaan tidak dibenarkan di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: