Ribuan biri-biri penuhi jalan raya di Turki ketika lockdown

A
A
A
SAMSUN - Ribuan biri-biri memenuhi jalan raya yang sunyi di sebuah bandar di Turki susulan perintah berkurung (lockdown) dilaksanakan bagi mencegah wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Metro.Co.Uk, video tular berkenaan dihantar oleh Ragip Soylu yang juga seorang wartawan menerusi ciapannya di Twitter.

Video tersebut memaparkan segerombolan biri-biri berarak memasuki bandar berkenaan yang terletak di sempadan utara negara.

"Segerombolan biri-biri menakluki bandar Samsun, Turki semalam ketika perintah berkurung koronavirus (Covid-19)," tulis Ragip dalam ciapannya.

Dalam video yang sama turut kelihatan beberapa biri-biri berehat di kawasan berumput di tepi jalan berkenaan.

Video berkenaan telah ditonton sebanyak 5,000,000 tontonan dan mendapat 43,300 tanda suka serta 13,700 ulang kicau.

Warganet turut membanjiri ruangan komen kerana terkejut dan ada juga terhibur dengan perkara tersebut.

"Adakah ia seteruk itu," tanya Jim Swift.

"Sekurang-kurangnya penduduk Samsun tidak akan ada masalah untuk tidur," gurau Dave Conrad.
Artikel Berkaitan:


Turki kini mencatatkan sebanyak 128,000 kes wabak Covid-19 dengan 68,166 jumlah sembuh serta 3,461 kematian.

Link: https://metro.co.uk/2020/05/04/thousands-sheep-invade-turkish-city-coronavirus-lockdown-12651522/

https://twitter.com/ragipsoylu/status/1257008420693004288