69 penuntut Zon Selatan tiba di IPD Kuala Selangor

Sebahagian penuntut dari Zon Selatan yang tiba di IPD Kuala Selangor awal pagi tadi.
Sebahagian penuntut dari Zon Selatan yang tiba di IPD Kuala Selangor awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 69 penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Zon Selatan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing di daerah ini bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penghantaran pulang penuntut itu membabitkan sembilan ketibaan kenderaan secara berperingkat yang tiba di hentian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

"Penuntut mula tiba di IPD Kuala Selangor pada jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi tadi," kata beliau.

Menurutnya, penuntut yang tiba di IPD itu juga mengikut langkah-langkah keselamatan ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor melakukan operasi sanitasi barangan yang dibawa penuntut.

"Sejurus semua proses terbabit selesai, penuntut dituntut waris masing-masing dan sebilangan lagi penuntut dihantar petugas Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor ke kediaman masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan: