Si batik belit ayam ketika waktu sahur

Anggota APM Daerah Padang Terap menunjukkan ular sawa batik yang berjaya ditumpaskan oleh mereka di Padang Sanai pada pagi tadi.
Anggota APM Daerah Padang Terap menunjukkan ular sawa batik yang berjaya ditumpaskan oleh mereka di Padang Sanai pada pagi tadi.
A
A
A

KUALA NERANG - [DIKEMAS KINI] Bunyi bising dari sebuah reban ayam ketika sahur pagi tadi di Kampung Kubang Palas, Padang Sanai dekat sini mengejutkan pemiliknya selepas mendapati seekor ular sawa batik berada di atas alang reban ayam tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik terbabit Romli Ismail kira-kira jam jam 5 pagi.

Menurutnya, tiga anggota yang diketuai Lans Koperal (PA) Mohd Zuki Mahamud tiba di lokasi kejadian pada jam 5.22 pagi.

"Setelah diperiksa oleh anggota, didapati seekor ular sawa berukuran lebih 2 meter berada di dalam reban sedang membelit seekor ayam," katanya.

Mohd Shukri berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular yang dianggarkan seberat kira-kira 10 kilogram tersebut kerana berada di tempat yang sukar.

Bagaimanapun, reptilia itu sempat menelan dua ekor ayam milik Romli.

Artikel Berkaitan: