X

Kindly register in order to view this article
!

Patuh PKPB, tingkat disiplin cegah Covid-19: Noor Hisham

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR - Kepatuhan orang ramai serta disiplin sosial amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau turut menyeru orang ramai agar mengamalkan serta membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu di negara ini.

"Kita perlu mengamalkan dan membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian kita seperti penjarakan sosial, mengelak (mengadakan dan menyertai) perhimpunan, pastikan sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun serta sangat digalakkan memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam.

"Ini adalah tanggungjawab sosial dan kita perlu menjaga diri sendiri, keluarga serta komuniti. Sila duduk rumah jika tiada urusan penting di luar," katanya dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan.

Noor Hisham turut mengajak seluruh rakyat agar mematuhi pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu kelonggaran diberikan untuk membuka semula hampir semua sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal.

Katanya peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!