Sharifah Amani teruja Kajol balas Twitter

Ciapan Sharifah Amani berkongsi tangkap layar Kajol membalas pertanyaannya.
Ciapan Sharifah Amani berkongsi tangkap layar Kajol membalas pertanyaannya.
A
A
A

PELAKON Sharifah Amani meluahkan rasa gembira apabila ciapannya di laman Twitter mendapat perhatian aktres Bollywood terkenal, Kajol.

Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 34, berkongsi perasaan terujanya apabila Kajol menjawab soalannya mengenai karakter yang paling digemari aktres itu.

"Apakah karakter yang paling anda suka lakonkan sepanjang karier anda? #AskKajol," tanya Sharifah Amani.

Pertanyaan itu kemudiannya mendapat maklum balas daripada empunya badan yang mengatakan karakter paling digemarinya ialah Anjali.

"Karakter yang paling saya suka adalah Anjali. Ia sama seperti saya," jawab Kajol.

Teruja dengan jawapan itu, Sharifah Amani kemudiannya berkongsi tangkap layar jawapan Kajol di laman Twitternya.

"Korang, kakak Kajol balas pada saya," tulisnya pada kapsyen.

Ternyata perkara tersebut bukan sahaja mengundang keterujaan Sharifah Amani, malah netizen turut teruja dengannya dengan meninggalkan komen.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah, saya paling teruja," komen Raja Farah Sofea.

"Seronoknya kakak Kajol balas," komen pula Lady Syafinaz.

Ciapan berkenaan mendapat 44,600 tanda suka dan 19,400 ulang kicau.