X

Kindly register in order to view this article
!

KKM tetap pantau bekas kawasan PKPD

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Aplikasi MySejahtera selepas sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap memantau semua kawasan yang pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun perintah tersebut telah ditamatkan namun pemantauan secara berterusan tetap dilaksanakan.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi memastikan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dibendung sepenuhnya.

"Walaupun PKPD telah ditamatkan, kita masih memantau kawasan terbabit, bukan ketika PKPD sahaja kita pantau.

"Sebaliknya pemantauan dilakukan secara berterusan bagi memastikan penularan Covid-19 dibendung," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman kerajaan menamatkan PKPD di beberapa lokasi hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memaklumkan enam lokasi PKPD ditamatkan semalam.

Lokasi-lokasi tersebut ialah di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion, kawasan sekitar Jalan Masjid India, Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!