Wartawan portal antarabangsa dipanggil ke Bukit Aman Rabu ini

Gambar Kecil:Mior Faridalathrash Wahid
Gambar Kecil:Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR- Polis akan memanggil seorang wartawan portal berita antarabangsa pada Rabu ini, bagi memberi keterangan berhubung artikel tentang serbuan terhadap pendatang tanpa izin di kawasan Masjid India di sini, Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita berkenaan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan tentang artikel ditulisnya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kandungan artikel yang dikeluarkan oleh beliau," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung artikel tentang serbuan pendatang tanpa izin itu.

Pada Jumaat, wartawan itu memuat naik artikel berhubung serbuan pihak berkuasa terhadap pendatang tanpa izin di beberapa lokasi termasuk Jalan Masjid India di sini.-Bernama

Artikel Berkaitan: