Abang courier kacak terima nota love you 3000

Ciapan Hanna pada Twitternya menarik perhatian warganet.
Ciapan Hanna pada Twitternya menarik perhatian warganet.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ciapan pengguna Twitter bernama Hanna yang memuat naik gambar nota yang ditampal pada bungkusan diterima membuatkan warganet terhibur.

"Abang courier kacak, sila jangan campak ini kerana di dalam ada barang mudah pecah, terima kasih, love you 3000."

Menurut Hanna, nota berkenaan ditulis oleh pengirim bungkusan itu bagi mengelakkan barangnya pecah.

"Saya memesan bubble tea kit. Rasa geli hati membaca nota itu tetapi saya kagum dengan usahanya menjaga barangan pelanggan," kata Hanna kepada Sinar Harian.

Hanna menerusi ciapannya turut menulis kapsyen "Bukan main weh siap ada nota sayang awak 3000 hahaha," itu mendapat respons lucu daripada pengguna Twitter.

"Mesti abang penghantar bungkusan tersenyum tengok bungkusan ini," komen Ezzitul.

"Tak tahannya perkataan kacak tu bold," komen Jmaolla.

Ciapan berkenaan mendapat 22,000 tanda suka dan 12,800 ulang kicau.

Artikel Berkaitan: