Serangan bersenjata di Nigeria ragut 14 nyawa

Pertempuran sering tercetus di bahagian barat laut Nigeria membabitkan suku kaum Fulani - satu kumpulan etnik terbesar di Afrika Barat. - Foto Agensi
Pertempuran sering tercetus di bahagian barat laut Nigeria membabitkan suku kaum Fulani - satu kumpulan etnik terbesar di Afrika Barat. - Foto Agensi
A
A
A

ABUJA - Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam serangan bersenjata di Nigeria, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

Kira-kira 10 orang maut dalam serangan di negeri Ebonyi, Ogbonnaya Chukwu-Ude, kata ketua kerajaan tempatan Ivo Ebonyi pada sidang media.

Sementara itu, media tempatan melaporkan empat terbunuh di kampung Buruku di barat laut kota Kaduna manakala enam lagi diculik.

Kumpulan penjenayah yang juga dikenali sebagai perompak atau penggembala itu, aktif melakukan serangan dan menculik di beberapa negeri di Nigeria sejak 2019.

Pertempuran sering tercetus di bahagian barat laut Nigeria membabitkan suku kaum Fulani - satu kumpulan etnik terbesar di Afrika Barat.

Fulani, berhijrah ke selatan negara itu bagi mencari padang ragut untuk haiwan peliharaan mereka.

Suku kaum itu mendakwa petani di kawasan berkenaan cuba mencuri haiwan mereka dan menyebabkan berlaku pertembungan.

Kumpulan bersenjata pula mengambil peluang daripada konflik itu untuk melancarkan serangan.-Bernama

Artikel Berkaitan: