Hampir 3.5 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

Pasukan perubatan di New York dilihat kepenatan menjalankan tugasan mengekang virus Covid-19.
Pasukan perubatan di New York dilihat kepenatan menjalankan tugasan mengekang virus Covid-19.
A
A
A
Kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif menghampiri 3.5 juta orang dengan pertambahan lebih 80,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini meningkat kepada sembilan negara selepas Brazil menjadi negara terbaharu.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif 1.15 juta.

Sepanyol dan Itali masing-masing melepasi angka 200,000 kes jangkitan dengan kumulatif kes masing-masing 216,000 dan 210,000 kes.

Sementara United Kingdom (UK) dan Perancis menjadi negara keempat dan kelima mempunyai kes jangkitan antara tertinggi dengan 187,000 dan 168,000 kes.

Dalam pada itu, Jerman menjadi negara keenam tertinggi merekodkan kes positif dengan 165,000.

Rusia kini negara ketujuh tertinggi mengatasi Turki selepas merekodkan peningkatan mendadak dengan 134,000 kes.

Manakala Turki dan Brazil pula masing-masing merekodkan kes positif 126,000 dan 101,000 kes.- AWANI

Artikel Berkaitan: