Dua maut, kenderaan masuk gaung

Bomba berusaha membawa keluar mayat dari gaung tersebut.
Bomba berusaha membawa keluar mayat dari gaung tersebut.
A
A
A

HULU LANGAT – Dua individu maut, seorang cedera apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Tekali, di sini, tadi.

No Image Caption

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori seberat 10 tan dipercayai melanggar sebuah van, pada jam 4.35 petang.

“Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, kita mendapati salah seorang mangsa yang menaiki van tersebut tercampak keluar, manakala seorang lagi mangsa terperosok di dalam van yang hancur.

“Pemandu lori pula berjaya menyelamatkan diri, anggota yang terlibat dalam operasi tersebut bertindak membawa mangsa naik ke tebing dengan menggunakan stretcher kemudian menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: