UPSI bantu komuniti orang asli

Komuniti orang asli sememangnya amat memerlukan bantuan dan seharusnya dibantu oleh semua pihak.
Komuniti orang asli sememangnya amat memerlukan bantuan dan seharusnya dibantu oleh semua pihak.
A
A
A

MUALLIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif membantu komuniti orang asli di sekitar Lembah Bernam di sini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bulan Ramadan.

Dekan Falkulti Sains Kemanusiaan, Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata, penerima yang layak telah dipilih dengan kerjasama pihak sekolah dan tok batin di kampung terlibat antaranya Ulu Slim, Pos Bersih dan Pos Tenau.

Katanya, pesanan pembelian dilakukan secara dalam talian dan barang keperluan itu akan diserahkan kepada keluarga yang layak oleh penghantar barangan runcit.

Menurutnya, dalam tempoh PKP masyarakat orang asli tidak dapat keluar dari kampung untuk membeli barangan keperluan.

“Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan komuniti orang asli tidak terputus bekalan makanan sehingga menjejaskan kelestarian mereka terutama anak-anak kecil yang terpaksa mengikat perut.

“Barangan keperluan harian amat diperlukan dengan situasi kini terutamanya pada bulan Ramadan kerana mereka tidak dapat menjual hasil pertanian dan hutan selain hilang peluang pekerjaan sambilan,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Khidmat penghantar digunakan bagi memberi sumbangan berupa barangan makanan kepada keluarga orang asli di sekitar Lembah Bernam.
Khidmat penghantar digunakan bagi memberi sumbangan berupa barangan makanan kepada keluarga orang asli di sekitar Lembah Bernam.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Jaringan Industri dan Masyarakat, Yayasan Peramah Malaysia dan peniaga barangan runcit.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tenau, Abu Yazid Jaafar berkata, kaedah itu membantu, memudahkan dan melancarkan bantuan untuk diserahkan kepada komuniti orang asli yang memerlukan sumbangan.

“Kami berkomunikasi dengan pihak kedai runcit dengan aplikasi WhatsApp, sementara penyerahan bantuan sumbangan dilakukan oleh penghantar barangan runcit sahaja dan tidak perlu dihadiri oleh semua pihak,” katanya.

Katanya, kaedah itu juga dapat membantu peniaga kecil luar bandar seperti di Ulu Slim meneruskan kelangsungan peniagaan mereka.

Sementara itu, guru SK Ulu Slim, Rogayah Abd Hamid berkata, komuniti orang asli sememangnya amat memerlukan bantuan dan seharusnya mereka dibantu oleh semua pihak.

“Syukur, dalam keadaan dan situasi yang penuh pelbagai tekanan emosi kesempitan sekarang ini, ALLAH hadirkan insan-insan berhati mulia yang sanggup untuk membantu orang asli,” katanya.