'Dia tak ingat apa berlaku, tapi ada bermalam di surau'

No Image Caption
A
A
A

KUALA KANGSAR - Cikgu Nur Farhana Ibrahim, guru Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau yang dikhuatiri hilang, sejak Isnin lalu, kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, guru berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Guru berkenaan telah datang ke Balai Polis Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang.

"Bagaimanapun, beliau sukar untuk mengingati perkara yang berlaku sepanjang kehilangannya dan bermalam di surau untuk tidur.

Menurutnya, keluarga mangsa telah dihubungi bagi memaklumkan penemuan guru Pendidikan Islam itu.

"Polis telah menghubungi suami dan keluarganya dan diminta hadir ke balai untuk membawa pulang guru tersebut.

"Kita turut memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya yang mengendalikan kes ini," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Nur Farhana ditemui selamat]

Artikel Berkaitan: