Mesir bunuh 18 pengganas di Sinai Utara

Polis Mesir. -foto Sumber Internet
Polis Mesir. -foto Sumber Internet
A
A
A

KAHERAH - Polis Mesir membunuh 18 pengganas dalam satu kejadian tembak-menembak di wilayah Sinai Utara, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Ahad.

Kementerian berkata, operasi itu dilancarkan sebaik sektor keselamatan nasional memperoleh maklumat mengenai lokasi persembunyian pengganas di bandar Bir El-Abd di Sinai Utara, lapor agensi berita Xinhua.

Dua hari sebelum itu, seorang pegawai tentera dan lapan tentera terbunuh dalam serangan bom oleh pengganas.

Mesir terhumban ke dalam kancah keganasan sejak Presiden Mohamed Morsi digulingkan tentera pada 2013. - Bernama

Artikel Berkaitan: