Covid-19: 122 kes baharu, dua kematian

NOOR HISHAM
NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) terus mencatatkan angka tiga digit untuk dua hari berturut-turut selepas 122 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ketika melonjak kepada 6,298.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,780 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

"Ingin dimaklumkan bahawa daripada 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 52 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, hari ini juga terdapat dua kematian baharu dicatatkan.

Katanya, kedua-dua kes kematian baharu itu melibatkan warga tempatan berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 87 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 4,413 kes atau 70 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan: