X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Makan di kedai, bersukan tidak dibenarkan di Negeri Sembilan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SEREMBAN - Semua restoran, kedai makan dan premis makanan berlesen yang dibenarkan beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini tidak dibenar menyediakan perkhidmatan makan di kedai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pengusaha terbabit hanya boleh beroperasi melalui kaedah pembelian makanan yang dibawa pulang, menggunakan perkhidmatan penghantaran dan pandu lalu (drive- thru) sahaja.

Katanya, aktiviti sukan juga tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB termasuk bermain golf.

"Ini kerana keadaan semasa Covid-19 di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri lain. Saya juga menerima maklum balas daripada pengusaha kedai makan yang bimbang keadaan tidak dapat dikawal jika premis dibuka.

"Bagi kawasan yang mempunyai kes positif Covid-19 yang baharu dan tinggi seperti beberapa taman perumahan di Sendayan, kedai sekitar Pasar Besar Seremban, Pasar Awam Bahau, dan Pasar Borong Bahau juga tidak dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan,"katanya.

Aminuddin (tengah) semasa membuat tinjauan di Pasar Besar Seremban setelah diarahkan tutup bermula hari ini.
Aminuddin (tengah) semasa membuat tinjauan di Pasar Besar Seremban setelah diarahkan tutup bermula hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar Seremban yang terpaksa ditutup bermula hari ini.

Tambahnya, syarikat atau premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan menutup operasi selama tiga hari.

"Langkah ini diambil kerana kerajaan Negeri percaya perjuangan kita belum berakhir sepenuhnya untuk melenyapkan Covid-19 berdasarkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19.

"Kerajaan negeri akan mengkaji tatacara ini dari masa ke masa berdasarkan perkembangan terkini berkaitan penularan Covid-19," katanya.

Kata Aminuddin, kerajaan negeri akan sentiasa memantau dan mengkaji kaedah terbaik dari semasa ke semasa mengikut perkembangan kes Covid-19 di negeri ini pada masa akan datang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!