Mansuh undang-undang kekang kebebasan media: Suhakam

Suhakam mengingatkan kerajaan mengenai janji memperbaharui atau memansuhkan undang-undang yang dikatakan mengekang kebebasan dan proses pelesenan media.
Suhakam mengingatkan kerajaan mengenai janji memperbaharui atau memansuhkan undang-undang yang dikatakan mengekang kebebasan dan proses pelesenan media.
A
A
A

SHAH ALAM – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengingatkan kerajaan mengenai janji memperbaharui atau memansuhkan undang-undang yang dikatakan mengekang kebebasan dan proses pelesenan media.

Undang-undang berkenaan ialah Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suhakam dalam kenyataannya sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia berkata, selain kebebasan melaporkan, media perlu berfungsi dengan lebih efektif untuk menjaga kepentingan awam.

"Kerajaan perlu menggerakkan usaha menyokong penubuhan Majlis Media yang menyasarkan kepada penambahbaikan dan pencapaian standard kewartawanan yang lebih tinggi serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap media massa," katanya.

Kenyataan Suhakam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan membawa tema “Journalism Without Fear or Favour” hari ini.
Kenyataan Suhakam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan membawa tema “Journalism Without Fear or Favour” hari ini.

Menurutnya Majlis Media akan menjadi petunjuk komitmen Malaysia dalam memenuhi Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut tahun ini bertema Journalism Wwithout Fear or Favour.

Suhakam berkata, Reporters Without Borders (RSF) melaporkan Malaysia mendahului negara-negara ASEAN lain dan menunjukkan peningkatan ketara dalam kebebasan media setelah mendaki 22 anak tangga dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020, menduduki tempat ke-101/180.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, skor Malaysia turun sebanyak 3.62 mata kepada 33.12 di mana skor lebih rendah menunjukkan kebebasan media yang lebih baik.

"Walaupun peningkatan ini menggalakkan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan peranan akhbar dan media di Malaysia kerana menjadi medium penting menyumbang kepada hak asasi manusia melalui laporan berkenaan insiden pelanggaran hak asasi rakyat

”Wartawan dan anggota media sering menjadi individu pertama di lapangan dan adakalanya mempertaruhkan keselamatan mereka.

"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani wabak Covid-19 akhbar dan media memainkan peranan penting melaporkan maklumat tepat dan terkini selain memerangi berita palsui," katanya.