Dakwaan beras daripada plastik tidak benar

A
A
A
SEMALAM tular di laman sosial video yang mendakwa beras berjenama terkenal dijual di pasaran Malaysia dibuat daripada plastik.

Video berdurasi lebih satu minit itu menunjukkan seorang wanita menggumpal nasi di dalam genggamannya menjadi bentuk bulat dan kemudian membalingnya ke atas meja, dan kedengaran seorang lelaki berkata ‘plastik’ dipercayai mendakwa nasi tersebut dibuat daripada plastik.

Di awal video, perakam turut merakamkan gambar bungkusan beras tersebut dan memaparkan jenamanya.

Video itu tular di laman sosial, di mana netizen turut meragui beras lain yang berada dalam pasaran.PADA April 2017, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras cap Rambutan Super Special Tempatan Lima Peratus berdasarkan keputusan awal ujian dijalankan.

Kementerian itu berkata, pemeriksaan dan siasatan dilakukan terhadap kilang beras jenama itu di Mergong, Alor Setar, susulan video tular mendakwa beras berkenaan sebagai beras plastik.
Artikel Berkaitan:


Menurut kementerian itu lagi, beberapa siri ujian telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji dan ujian bakar serta masak.

Kenyataan itu juga menyebut, hasil pemeriksaan mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis berkenaan.

“Syarikat itu juga memperoleh bekalan beras daripada sumber sah iaitu petani dan pengilang tempatan,” menurut kenyataan itu.