Ekonomi kontak rendah

Kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat bermula esik di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.
Kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat bermula esik di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.
A
A
A

ERA pasca koronavirus (Covid-19) akan memperlihatkan ekonomi yang dibentuk kebiasaan baharu dan peraturan baharu berdasarkan pengurangan interaksi kontak rapat, perjalanan terhad dan penjagaan kebersihan lebih ketat.

Malaysia, ekonomi negara berdasarkan pelancongan dan perdagangan tidak akan terhindar dan harus menyesuaikan diri dengan sewajarnya.

Selagi tiada penghasilan vaksin atau imuniti kelompok (herd immunity), senario masa hadapan masih tidak menentu tentang bagaimana cara kita bekerja dan hidup untuk tahun mendatang yang akan menghasilkan kebiasaan baharu.

Peralihan secara beransur-ansur yang berlaku dari masa ke masa kini akan menjadi lebih cepat.

10 perkara utama yang diketengahkan dalam laporan oleh Lembaga Inovasi (Board of Innovation), sebuah firma strategi global adalah seperti berikut:

  • 1. Lebih banyak kegelisahan, kesepian dan kemurungan.
  • 2. Kurangnya kepercayaan terhadap kebersihan seseorang individu dan produk.
  • 3. Sekatan perjalanan dilanjutkan, walaupun di dalam negara sendiri.
  • 4. Menyesuaikan keadaan kerja dari rumah, tidak lagi bekerja di pejabat.
  • 5. Peningkatan ketegangan dan konflik dalam perdagangan antarabangsa.
  • 6. Tahap kadar pengangguran global yang belum pernah terjadi sebelum ini.
  • 7. Penghantaran dari rumah ke rumah untuk semua perkara.
  • 8. Hubungan semakin terhad dengan generasi yang lebih tua.
  • 9. Identiti seseorang melebihi pekerjaan seseorang.
  • 10. Pengiktirafan imuniti mempunyai nilai yang tersendiri bagi golongan pengguna.

Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) akan membawa perubahan kuantum dalam urusan perdagangan dan gaya hidup masyarakat. Teknologi ini sangat diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan Ekonomi Kontak Rendah (Low Touch Economy) yang baharu.

Mereka yang sukar untuk menerima perubahan terpaksa akur menerima perubahan ini untuk mengharungi cara kehidupan yang baharu. Keangkuhan bukan lagi alasan dan bagi mereka yang bertindak pantas dan cepat, mereka mempunyai kelebihan.

Hal yang sama akan berlaku untuk individu, syarikat, masyarakat dan negara. Bagi mereka yang mempunyai legasi kepimpinan paling kurang untuk dilindungi, mereka yang paling sesuai untuk menerapkan inovasi dan perubahan.

Artikel Berkaitan:

Ekonomi kontak rendah dapat memberi peluang kepada negara-negara seperti Malaysia untuk menerapkan ekonomi inovasi bernilai tinggi yang telah lama kita impikan.

Bagi mereka yang menentang idea ini dengan menyatakan bahawa kita tidak akan pernah dapat mengubah gaya pemikiran kita, hari perubahan itu telah tiba secara sendirinya sama ada kita suka atau tidak. Ekonomi kontak rendah akan wujud untuk kita laksanakan.

* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti