50 juta tontonan, Sufian Suhaimi pecah rekod Aiman Tino

Sufian Suhaimi. Foto: Instagram Sufian Suhaimi
A
A

LAGU nyanyian Sufian Suhaimi, Di Matamu Akhirnya berjaya mencipta rekod baharu apabila jumlah tontonan lagu tersebut di Youtube telah mencecah 50,121,178 views, sekaligus meleburkan rekod yang yang dipegang oleh Aiman Tino menerusi lagi Ku Rela Dibenci dengan tontonan 49,979,520.

Sufian menerusi laman Instagramnya turut merakamkan ucapan terima kasih buat pendengar yang menonton muzik video tersebut sehingga meletakkannya lagu tersebut berada di kedudukan pertama tontonan paling tinggi.

“50 juta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pendengar #DiMatamu sehingga berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh adik saya, @official_aimantino sebelum ini,” tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini juga bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 33 pada 3 Februari depan.Sufian dalam perkongsia yang sama mengharapkan agar peminat mendoakannya agar dapat membuat persembahan dengan baik di AJL nanti.

“Doakan saya dapat membuat persembahan seperti yang dirancang untuk AJL nanti. Doakan saya diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Difahamkan lagu ini juga telah dirakamkan kembali secara duet oleh Sufian dengan penyanyi Indonesia, Shima Band dengan tajuk Di Matamu 2.0.