Rasa janggal suami sendiri matching kan

Penyanyi, Siti Sarah
A
A

PENYANYI, Siti Sarah, mengakui berasa agak janggal apabila suaminya, Shuib, padankan bersama pelakon terkenal, Syafiq Kyle menerusi muzik video lagu Semakin.

"Saya rasa weird bila suami sendiri nak matching kan saya.

"Tetapi saya rasa bersyukur dan berpuas hati kerana Syafiq sangat membantu saya yang kaku ini. Sebab saya bukan seorang pelakon dan pandai berlakon.

"Ada babak di mana dia tarik tudung saya, saya dapat rasakan tenaga marahnya itu," akuinya ini liga pelakon drama Nur itu.

Sarah mengulas mengenai pemilihan Syafiq sebagai pelakon muzik video lagu Semakin yang kini sudah boleh disaksikan menerusi saluran YouTube, Indigital.

Siti Sarah Raisuddin atau Siti Sarah ditemui pada majlis pelancaran muzik video dan muzik video karaoke Semakin di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Syafiq, berkata, kesudian membuat kemunculan dalam MV Semakin kerana mempunyai sedikit masa yang terluang biarpun jadualnya padat.

"Saya terima tawaran ini sebab yang pertama saya tak pernah bekerjsama dengan pasangan Shuib dan Sarah.

"Melihat pada jadual, saya anggap rezeki, kerana ada beberapa hari saya free. Justeru, kenapa tidak saya ambil sahaja peluang yang datang ini.

"Sebenarnya saya pun dah lama nak berlakon sebagai pelakon dalam muzik video lagu ini," jelasnya yang mahukan variasi dalam bidang lakonan.

Mengenai pembikinan MV Semakin, Shuib dan pengacara CK Faizal merupakan tulang belakang sebagai pengarah dalam menjayakan projek ini.