Lima ditahan, polis rampas syabu 4kg

Mazlan (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas polis dalam serbuan itu.
Mazlan (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas polis dalam serbuan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merampas syabu seberat 4.048 kilogram (kg) selepas menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri dan dua beradik di Jalan Thamby Abdullah, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 37 tahun merupakan warga tempatan ditahan ketika berada dalam kereta Produa Myvi yang diparkir di jalan berkenaan kira-kira jam 7.05 malam.

"Siatsan polis terhadap kenderaan berkenaan menemui dadah itu dalam sebuah beg.

"Nilai dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM200,000 dia ia cukup untuk diedarkan kepada hampir 8,000 penagih dadah.

"Polis turut merampas dua buah kereta termasuk Myvi, pelbagai jenis barang kemas, telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Mazlan berkata, semua suspek direman tujuh hari sehingga Isnin depan.

"Hasil ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dipercayai ada kaitan dengan 'disiplin' pengedar tidak boleh menghisap dadah.

"Semakan juga mendapati, kelima-lima suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau walau bagaimanapun, pengakuan awal didapati mereka adalah ahli kongsi gelap dan aktif mengedar dadah selama dua bulan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.

Mazlan memberitahu, polis percaya, bekalan dadah itu diperoleh dari kawasan Bukit Tinggi, Pahang untuk dijual di sekitar Brickfields.

"Dan dengan tangkan ke atas lima suspek ini, polis berjaya melumpuhkan kegiatan tidak bermoral itu.

"Polis dapati, kumpulan kongsi gelap telah beralih daripada kegiatan memeras ugut kepada kegiatan menjual dadah.

"Dan kegiatan ini akan terus dipantau polis bagi memastikan kegiatan mengedar dan menagih dadah dapat dibanteras," katanya.