Pasar Pagi Taman Megah dibenarkan beroperasi semula

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Pasar Pagi Taman Megah ditutup sementara bermula 26 April susulan Pejabat ADUN Bandar Utama menerima satu laporan kes positif Covid-19 melibatkan seorang peniaga sayur di pasar berkenaan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Pasar Pagi Taman Megah ditutup sementara bermula 26 April susulan Pejabat ADUN Bandar Utama menerima satu laporan kes positif Covid-19 melibatkan seorang peniaga sayur di pasar berkenaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Pasar Pagi Taman Megah yang ditutup sejak 26 April lalu dibenarkan beroperasi semula bermula esok setelah keputusan ujian saringan Covid-19 semua penjual dan peniaga pasar berkenaan disahkan negatif.

Pasar berkenaan sebelum ini ditutup bagi memberi laluan pelaksanaan pembersihan dan pembasmian kuman oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin berkata, meskipun dibenar beroperasi esok, namun pasar berkenaan akan dibuka sepenuhnya pada Selasa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga positif Covid-19: Pasar Pagi Taman Megah ditutup sementara

Ia berikutan Persatuan Peniaga Pagi Pasar Taman Megah mendakwa sebahagian besar peniaga tidak sempat untuk membuka gerai esok.

“Ramai yang bertanya apakah status sebenar Pasar Pagi Taman Megah kini, saya akan cuba untuk menjawab persoalan timbul berdasarkan maklumat diperoleh.

“Hasil maklumat daripada MBPJ, laporan saringan diterima oleh pihak mereka mendapati keputusan saringan Covid-19 untuk semua peniaga dan penjual di Pasar Pagi Taman Megah adalah negatif,” katanya menerusi status dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini.

Jamaliah berkata, penjual yang sayur yang didakwa positif Covid-19 sebelum ini juga didapati negatif selepas melakukan ujian saringan akhir.

Artikel Berkaitan:

Gambar dimuat naik Jamaliah di laman sosial Facebook miliknya berhubung status terkini Pasar Pagi Taman Megah.
Gambar dimuat naik Jamaliah di laman sosial Facebook miliknya berhubung status terkini Pasar Pagi Taman Megah.

Bagaimanapun, peniaga terbabit tidak boleh berniaga sehingga tempoh kuarantin (pengasingan diri) yang perlu dijalani berakhir berikutan ia adalah prosedur operasi standard (SOP) pihak hospital.

Dalam pada itu Jamaliah berkata, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 peniaga dan penjual adalah negatif namun beliau berharap mereka yang pernah mengunjungi pasar berkenaan sebelum ini tetap mengisi borang soal selidik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Secara kesimpulannya, pihak KKM dan MBPJ telah memutuskan Pasar Pagi Taman Megah kini selamat untuk dibuka. Pengutipan data mengenai pembeli masih penting sebagai langkah tambahan, sekiranya data-data ini diperlukan.

“Oleh itu bermula esok, segala data pembeli di Pasar Pagi Taman Megah akan direkodkan selepas ini," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Pasar Pagi Taman Megah ditutup sementara bermula 26 April susulan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama menerima satu laporan kes positif Covid-19 melibatkan seorang peniaga sayur di pasar berkenaan.