WHO ucap tahniah kepada Wuhan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menyambut baik berita mengatakan tiada lagi pesakit Covid-19 dirawat di Wuhan, China, dan memuji 'usaha gigih tanpa mengenal erti penat' rakyatnya dalam berjuang melawan wabak itu, lapor agensi berita Xinhua.

Selepas bertarung selama lebih tiga bulan, akhirnya Wuhan, bandar raya yang paling teruk diancam wabak, berjaya menyelesaikan kes pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital.

"Ia berita gembira yang amat dialu-alukan, tiada lagi kes serius, tiada lagi pesakit di Wuhan," kata ketua teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO Dr Maria van Kerkhove pada sidang media maya di sini.

"Tahniah atas pencapaian ini," katanya.

Beliau turut menghargai 'usaha yang tidak mengenal erti penat' rakyat di Wuhan - bukan hanya pekerja kesihatan tetapi individu yang tinggal di rumah, yang mematuhi langkah-langkah kesihatan awam.

Beliau antara pakar yang menyertai kerjasama China-WHO dan melawat negara itu pada Februari berkata, China telah berusaha gigih untuk membendung wabak Covid-19.

"Saya ada di sana selama dua minggu, bekerja secara langsung dengan pegawai kementerian dan pegawai dari pelbagai sektor, saya lihat sendiri bagaimana gigihnya mereka untuk menurunkan jumlah kes," katanya.

Pasa masa sama beliau menasihatkan penduduk Wuhan untuk terus berwaspada.

Artikel Berkaitan:

"Dunia telah belajar dari China dan juga perlu belajar dari Wuhan bagaimana mereka mampu melakukan sedemikian, bagaimana mereka berupaya membawa masyarakat kepada kehidupan biasa atau normal baharu," katanya.- Bernama