DBKL buka taman rekreasi Isnin ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka taman-taman rekreasi di bawah seliaan pihaknya bermula Isnin ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, DBKL akan membuka taman rekreasi tersebut namun akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"DBKL akan buka taman-taman di bawah DBKL Isnin ini tapi ikut SOP KKM," katanya kepada Sinar Harian.

Antara taman-taman di Kuala Lumpur termasuklah Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman di Kepong dan beberapa taman rekreasi lain.

Terdahulu, sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan bermula 4 Mei ini.

Antaranya badminton, tenis dan joging termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakkan sosial.

Artikel Berkaitan: