Ketua jabatan perlu main peranan proaktif, efektif

Mohd Zuki
Mohd Zuki
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua-ketua jabatan perlu mengambil langkah proaktif dan efektif, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat, dengan mengambil berat keselamatan dan kebajikan penjawat awam, seperti digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP), kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Menurutnya, perkara ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai pembukaan sektor-sektor ekonomi termasuk sektor awam bermula 4 Mei.

“Antara SOP tersebut ialah keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu; penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu anjal, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kesulitan bagi penjagaan anak-anak di rumah; dan menggalakkan mesyuarat diadakan secara maya, melalui medium yang selamat dan terjamin dari segi kerahsiaan.

"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) akan mengeluarkan garis panduan dalam masa terdekat," katanya dalam hantaran di laman Twitter rasmi beliau hari ini.

Mohd Zuki turut menekankan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi.

"Elemen protokol kesihatan dan keselamatan di pejabat perlu mematuhi jarakan sosial serta arahan dari semasa ke semasa KKM (Kementerian Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara)," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: