Covid-19: Kes kematian, jangkitan di negara Arab meningkat

Jumlah kematian dan kes Covid-19 terus melonjak di beberapa negara Arab.
Jumlah kematian dan kes Covid-19 terus melonjak di beberapa negara Arab.
A
A
A

ISTANBUL - Jumlah kematian dan kes Covid-19 terus melonjak di beberapa negara Arab semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Di Iraq, seorang maut menjadikan angka korban meningkat kepada 94 orang, menurut pegawai kesihatan. Jumlah kes pula meningkat 68 menjadikan keseluruhan sebanyak 2,153 sementara 1,414 lagi pesakit pulih.

Jumlah kes di Bahrain pula sebanyak 3,169 selepas 129 lagi disahkan positif, lapan orang maut dan 1,533 pesakit sembuh.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mesir mengesahkan 14 kematian dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 406 orang. Bilangan kes sebanyak 5,895 bertambah lagi 358.

Di Algeria kes jangkitan melonjak kepada 4,156 pertambahan seramai 148 lagi pesakit. Tujuh orang maut menjadikan jumlah yang terkorban seramai 453 manakala pesakit yang pulih 1,821.

Pegawai kesihatan Maghribi melaporkan satu lagi kematian dicatatkan menyaksikan korban setakat ini seramai 171 orang manakala jumlah kes 4,569 bertambah sebanyak 146 lagi.

Wabak Covid-19, mengancam 187 negara dan wilayah di seluruh dunia sejak virus itu muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, dengan Amerika Syarikat dan Eropah paling teruk terjejas.

Di seluruh dunia lebih 3.3 juta kes dilaporkan, hampir 238,000 orang maut dan lebih sejuta pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins University.- Bernama

Artikel Berkaitan: